Kitab Bacaan Era Digital. Surat Perisian Moden

Apabila era peperangan yang terdahulu sudah tamat, sesudah kemudian keamanan yang dibuat-buat menyusul. Manusia sedunia dijadikan hamba tanpa disedari mereka. Sistem buatan manusia diperkenalkan iaitu pekerjaan, pendidikan, makanan, farmasiutikal, fashion, hiburan dan pelbagai lagi berkaitan dengan sistem pemerintahan malam.

Pendidikan ditekankan kepada masyarakat dari usia muda lagi. Walaupun begitu, tidak kesemua ilmu yang diajar sangat tulen, bahkan ada yang ditapis seperti ilmu sejarah. Peringkat-peringkat sekolah juga diadakan sesuai dengan peringkat umur dan tahapan ilmu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Jenis peringkat pembelajaran iaitu pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej/universiti. Pendidikan akademi ditekankan ke seluruh negeri. Setiap teori pembelajaran disertakan dengan amali. Peperiksaan setiap tahun diadakan bagi memastikan pelajar-pelajar memahami apa yang diajarkan sepanjang tahun. Jika disimplifikasikan keadaan, pelajar mengingati/menghafaz ilmu, bukannya memperoleh secara sukarela. Pelajar juga dikelaskan mengikut prestasi akademi tiap-tiap masing yang tinggi ilmu dikumpulkan dengan yang sama taraf. Mereka yang lebih pintar berasa bangga dan yang dibawah diasingkan kerana prestasi yang kurang memuaskan. Oleh demikian, ada juga yang langsung tidak berminat untuk belajar dan juga terpaksa. Kerana, minat dan kebolehan seseorang itu berlainan ada yang berkebolehan dari segi kemahiran dan ada yang maju akademinya. Dari menggunakan buku hinggalah transformasi ke arah digital secara pesat dengan lajunya. Walaupun negara-negara luar, sudah mengadaptasi teknologi digital ini dahulu. Pelajar diwaktu ini mudah untuk mendapatkan informasi ilmiah yang berguna dan sebaliknya. Kebebasan menggunakan alat-alat digital diletakkan ke atas rakyat. Ilmu digital boleh didapati secara percuma jika bijak mencari dan mencantumkan informasi dari pelbagai sumber. Rakyat negara ini dikuasai oleh kuasa lagi besar dari kerajaan. Iaitu, kerajaan bumi.

Seperti bidang pendidikan diwujudkan, muncullah pelbagai jenis bidang perkerjaan berkaitannya. Baju seragam dijadikan sesuatu yang wajib, salah satu sebab adalah untuk mengunifomkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Kilang tekstil, peniaga menjual baju uniform sekolah dan baju unit kokurikulum dan pelbagai jenis kelengkapan sekolah. Pelbagai agenda diperkenalkan demi nama baik kebaikan dan pembangunan ihsan walupun ianya tidak diperlukan. Hanyalah menambah kos pendidikan. Buku-buku aktiviti tambahan, pusat tuisyen, kedai buku dan alat tulis untuk sekolah. Di tahap, universiti pula pelbagai jenis buku ilmiah diharuskan ada bagi setiap pelajar yang berharga tinggi tapi tidak kerap digunakan. Untuk tujuan graduasi, diadakan unit sewaan baju bagi upacara istimewa tersebut. Masyarakat di zaman ini dikenakan pelbagai jenis imbuhan bayaran yang tidak patut. Ini juga patut dijadikan satu bukti jelas tapi tidak nampak jelas di mata kerana telah dikaburkan segak bergenerasi...

Comments