Ketiga, Penulisan Rakyat Moden Bijak. Bijak untuk dipijak.

Peoples be smart enough to not to think with their brain anymore. Quran book to read, book of guidance. All things need to be certified first by a superior group of thinker called ustaz and leader. This how far we have become?

Kebanyakan manusia di masa kini di konstruk untuk menjadi sangat bijak iaitu berpelajaran sehingga tidak mahu menggunakan kebolehan akal untuk menentukan tindakan sendiri. Di ikat dengan peraturan, undang-undang dan cara hidup yang dibuat oleh manusia. Nampak sejahtera hanya di luaran, walhal perkara yang sedang terjadi adalah korupsi, perbalahan, penindasan, depresi minda, kehancuran tingkah laku sosial masyarakat muda tanpa disedari. Walaupun sedar dengan perkembangan dunia kini, tapi tidak dihiraukan sangat. Kebanyakkan orang, "Perang hanyalah yang terjadi di luar negara".
Hanya berfikir dan ambil kisah apa yang manusia lain rasa. Hanyut dengan permainan dunia dimasa kegelapan ini. Zaman Perhambaan Moden. Media sosial menjalankan tugas sebagai pembasuh otak dengan menyatakan semuanya baik-baik sahaja. Semua perkara kini  sebolehnya perlu ada pengiktirafan untuk memperoleh rasa yakin. Perlukan golongan pemikir ilmuan bergelar pemimpin, ustaz, hanif agamis. Tugas Tuhan kini hanyalah untuk disembah, bukan lagi untuk diabdi. Segala perintah dan larangan seperti yang termaktub di dalam buku bacaan Al-Quran diambil sedikit lalu dicampur aduk dengan perkataan-perkataan yang dibuat oleh manusia sendiri. Jika ada yang berpendapat ayat-ayat Al-Quran telah diseleweng, apakah tidak mahu ambil tindakan? Sebolehnya cuba baca dan fahami dengan deria rasa sendiri. Masyarakat kini takut untuk menjalani satu proses perubahan. Percaya apa yang ada sekarang ni sudah memadai. Belajar, bekerja, kahwin, ada anak/cucu, kumpul aset, dan apabila telah mencapai usia lanjut kumpul pahala, beribadah dan sebagainya sehinggalah mati. Jika sudah mengetahui kebenaran melalui pembacaan kitab sekalipun dan tukar watak diri untuk improvasi ke arah kebaikan, masyarakat masih memandang pelik bercampur curiga. Kisah ini terjadi seperti mana sejarah lepas. Hanya yang menggunakan akal dan memerhati dapat merasakan apa yang sedang terjadi.

Comments