Ketiga, Penulisan Orde Puisi Zaman Baru.

Lirikal dan idea
Isu: Keadaan/tingkah laku/reaksi manusia akhir zaman apabila disampaikan kitab-kitab Tuhan.

[Dialog style:]
Atasan: Yo dah sampai masanya...
Pemberita: Ha. Ok baek...
Atasan: Kita test dulu "barang" ni. Boleh go ke tak.
Pemberita: Hahaha ok ok ok [ketawa]
(Beat fade in)
[bisikan]
Ini dia...
Bangun.... 
Mari sini kami mahu bagi tau ini cerita
Buka mata dan pasangkan telinga
Diam dan kerahkan minda bergeliga
Fungsikan akal janganlah ternganga
Letak pada harga tulisan diharap mahal
Ni aku nak bagi satu lagu handal
Lirik bawahan tengok korang dah tak terkawal
Perut mula mual baik kita minta sorok
Jangan ngorok barang mula masuk
Jentik ubat bius kita kasi kebas
Lepas ni barulah kau bebas
Mantera timur tengah buatku mengah
Sudah tak faham kenapa dilafaz
Habis nafas jaga harakat
Lidah ibunda kita kasi basah
Kasi diri low pastu baru kerah
Tu lain show nanti kita kasi hambat
Harap-harap kita tak terlambat
Ini time kita kasi faham
Dari luar ke makna dalam
Selirat wayar sini aku bantu
Tunduk kaku jika kamu mahu
Aku technician untuk Tuhan yang satu
Nak gi mana tu? Nanti tunggu dulu
Duduk dulu pe barang malu-malu
Nak tahu dulu, Apa yang kau tahu
Kalau tak tahu, dengar dulu
Pasang telingamu bukakan minda
Tutupi egomu mari kita buka mata
Kita silaaaa brader
Ni cerita gilaaaa
Ini bukan cerekaaa
Mari kita ceritaaaa ini cerita

Chorus:
Kita tap tap kita main tap bro
Aku tap kau ko tap orang lain do
Jangan terkejut kita bagi sekali go
Tetap tap tap pasni mesti jadi bro
Esok lusa kita tengok apa jadi dowh
Resepi lama diulang kembali
Dopamine disaji jadi uji kaji
Ini tikus makmal banyak syok sendiri
Jadi badi sampailah ke pagi
Nak bahagia macam dalam tv
Drama tv tiga takda harga
Jaja cinta, jaja harta, semuanya untuk manusia
Plot line tak lari kejarkan syurga
Syurga yang mana? Jangan tanya
Dah tau ini orang melayu apa nak
Makan nasi lemak sampai naik lemak
Hidup dah aman tak yah kacau
Kita selit sikit baru nak meracau
Tak boleh macam tu
[Oooh damn G pedasss weh]
[Pause beats]
Boneka manusia yang kaya raya
Nak menunjuk apa yang ada
Mesti tampak canggih tampak bergaya
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak bodoh bangsa mundur
Benda yang palsu jahil jangan diugut
Habis satu kann kepala nanti serabotttttt
Serabot!
Stop berangan buat cepat
Kata kan nak jadi hebat
Karang karikatur ikut atur
Salah atur kan jadi layur
Pangkat datuk diangkat ditunjuk tunjuk
Janji manis belakang jadi buruk
Apa beza ada baiknya jadi beruk
Hidup kaya tapi hati tak senang
Lena diulik mayang jadi gila bayang
Karikatur jijik janji tinggal janji
Ikut arab tak kira waktu
Aku tak ikut mereka dikata ikut nafsu
Asimilasi pak arab ikut-ikutan
Diorang tergelak terbahak-terbahak macam setan
Hidup Aswj turun temurun
Ikut membuta tanpa dikaji
Jubah putih harap mulia
Perangai langsung tak sama macam gaya

Yang mati marilah sini kita karang satu puisi
Pasti hidup aku nak letak isi
Biar sedikit
Bulan tengok aku
Tubuh bergetar
Nafas tersekat
Lidah terbeku
Tuhan tolong aku
Jangan risau sahabat sehaya
Kini masanya sudah datang
Mengembalikan makna sejati bintang
Ada sedikit pengharapan untuk mengembalikan
Cahaya yang satu-satu terpadam
Dengan harapan yang sedikit
Dan pertolongan dariNya
Tugasan yang tak pernah terleka
Senantiasa mengawasi ciptaanNya
Jika ada mulut yang berbicara
Siapa yang kisah jika tiada cahaya lagi
Sinar pengharapan
Dalam berjuta gugusan
Ada yang dah berjaga
Dalam diam dahulunya
Sampai dalam diam
Sampai dalam diam
(Hshhh)
Kita dikejar masa
Tapi ada yang berlenggah
Nanti sudah sampai saatnya
Tidak boleh diundur atau ditangguh
Anguk sorak badan binasa
Terkebil bersuram muram
Sia-sia semuanya
Sia-sia semuanya
Ramai luahkan simpati pada sang satu mata
Snap, snap, snap.
Post cerita yang takda makna
Bagi orang rasa gembira
Nak masyarakat tengok apa yang kau buat
Bila aku sedar rasa nak meluat
Mamai dalam mimpi
Dibuai khayalan palsu
Apa lagi tunggu
Mari kita maju
Bukannya engkau sorang sahaja yang kisah
Bila cahaya bintang makin malap
Satu per-satu
Satu per-satu
Kami satu dunia ada disisi
Hiraukan bunyi bingit yang membelenggu
Terima kasih kepada yang terdahulu
Berikan pengajaran yang tidak ternilai
Jalan diturap hancur kembali
Kami bawa gagasan gergasi
Sekecil hina ada yang ditafsir gila
Sudah tentu semuanya terbuku
Tidak ada penat lelah memerhati tingkah laku
Penjaga-penjaga terbang tinggi
Tunduk patuh
Bangun-bangun dari tidur
Bangun-bangun dari tidur
Selitkan dalam benak akal
Ini kali semuanya makin masuk akal
Mimpi tamat dah sampai giliran
Bangsa dahulu bagi isyarat
Sampai pula cara kita.
Cara kita
Mana yang bergerak pasti kan berhenti
Yang hidup pasti 'kan mati
Mana mula adanya tamat
Abdi kita selamanya
Ini eksplorasi cahaya
Ada yang tak' kan percaya.

Comments