Ketiga, Penulisan Kisah Iblis.

Iblis adalah dari golongan Jin. Jin merupakan golongan bijak pandai (genius). (Al-Kahf 18:50) Apabila manusia (iaitu Adam) sudah mampu menamai binatang dan tumbuh-tumbuhan (Genesis 2:20) maka Iblis pun berasa dengki kerana dia juga tahu ilmu tersebut. Keinginan hati kerana merasakan diri lebih bijak dari Adam. Maka apabila diperintahkan oleh Allah untuk "sujud" kepada Adam, Iblis menolak. (Al-Araf 7:11-16) Adakah cerita tersebut sama dengan apa yang terjadi di sekeliling sekarang ini? Watak-watak tersebut sangat jelas dalam masyarakat hari ini. Kejadian akan berulang-ulang cuma berbeza garis masa. Ingat, walau setinggi manapun ilmu kita cari takkan pernah cukup. Kerana ilmu Allah itu luas. (Luqman 31:27) Tak rugi membaca, lagi rugi kalau tak membaca.

Comments