Isa

Kisah Maryam (Mary) melahirkan puteranya, Isa Al Masih (Jesus the Messiah) dan bapanya iaitu Yusuf (Joseph). (Maryam 19:16-36) Maryam adalah seorang dara dan menjaga kesucian dirinya. Allah telah "meniupkan" rohNya kedalam kandungan. Telah difirmankan, anak yang dilahirkan itulah yang akan menyelamatkan umatnya dari dosa-dosa. Yusuf iaitu tunangnya seorang yang berakhlak dan bertakwa kepada Allah dan tidak berniat untuk memalukan Maryam. Oleh itu, Yusuf memutuskan hubungan secara sembunyi. Mereka tidak membuat hubungan sebagai suami isteri sehingga Isa dilahirkan (Matthew 1:18-25, Luke 2:1-7) . Jika Allah menetapkan sesuatu itu lalu berkata "kun fayakun" yang bermaksud jadilah, maka terjadilah kejadian itu mengikut proses. Tiada magik ataupun fantasi. Tapi tiada yang mustahil bagi-Nya. Masyarakat lebih menggemari cerita-cerita berunsur sedemikian kerana asuhan (doktrin) secara bergenerasi. Sila kemukakan bukti serta fakta jika ada peristiwa berlaku secara magik/fantasi (An-Naml 27:64). Contoh proses penciptaan manusia mengikut ketetapan (Al-Hajj 22:5). Secara logiknya, apakah tanpa persetubuhan antara lelaki dan perempuan, seseorang itu boleh memperoleh kandungan di dalam rahim? Isa juga berkebolehan untuk berkata-kata ketika "masih bayi dalam ayunan". Dijadikan di dalam Al-Quran pelbagai perumpamaan agar manusia mengambil pelajaran (Al-Isra 17:89). Isa dianggap sebagai bayi (peringkat awal) ketika kitab wahyu Injil (Holy Bible) diturunkan kepadanya. Apa dikatakan adalah yang benar untuk umatnya yang berbalah tentang kebenarannya. Jika Sunnatullah-Nya(tradisi/ketetapan) tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang, maka apakah ada bayi  berada di dalam buaian boleh berkata-kata yang boleh kita saksikan sekarang ini?

Comments